Yayasan ArRaudhah

Yayasan Ar Raudhah ( No Pendaftaran : 529629-x), yang dahulunya dikenali sebagai Tabung Kemanusiaan Nusantara adalah sebuah yayasan yang didaftarkan pada 23 Oktober 2000 dibawah Akta 1965 ROC Malaysia. Tabung ini bermula dengan sebuah dana yang menyumbang kepada mereka yang tidak berkemampuan dan miskin di seluruh Nusantara. Dalam tahun 2004 satu projek untuk menjalankan usaha bagi menyediakan bantuan mangsa tsunami di Acheh telah dilakukan . Usaha ini telah berkembang kepada penubuhan pondok anak yatim di lohkseumawe yang menyediakan kemudahan persekolahan dan penjagaan yang lengkap. Kesinambungan dari pengalaman di Acheh telah memberi kesedaran tentang keperluan untuk memperkemaskan lagi operasi bantuan kepada mereka yang tidak bernasib baik. Dari situ tercetus lah penubuhan sebuah yayasan untuk mengembangkan aktiviti di Nusantara melalui program – program yang dilaksanakan dan bukan hanya melalui sumbangan yang diberi.

Selain daripada program sosial , Yayasan Ar Raudhah juga terlibat aktif dalam menjalankan aktiviti- aktiviti pendidikan, ekonomi dan dakwah. Sehingga sekarang Yayasan telah menubuhkan tiga pusat tahfiz Al-Quran di Indonesia dan yang terbaru ialah di Kelantan.

VISI

Menjadi sebuah badan NGO yang lengkap dan bersepadu untuk menerajui program pembangunan ummah yang menyeluruh di Nusantara.

MISI

Memacukan pembangunan komuniti prihatin kearah pembetukan ummah progresif berlandaskan pendekatan akhlak,ilmu dan amal.

Sejak di tubuhkan, diantara program atau projek yang sudah dan sedang berjalan adalah :

  1. Projek kemanusiaan untuk mangsa tsunami Acheh.
  2. Pondok Tahfizul Quran AR Rudhah, Medan.
  3. Pondok Yatim AR Raudhah ( Tahfizul Quran ) Lhokseumawe, Acheh.
  4. Maahad Tahfizul Al-Quran Arraudhah Kelantan (maik 01/2010).
  5. Misi bantuan ke Padang.
  6. Qurban nusantara.

Untuk masa hadapan , Yayasan AR Raudhah sedang merancang untuk menjalankan program/ projek seperti berikut:

  1. Kolej AR Raudhah Litahfizi Quran Wa Ulum Islami (di Kelantan).
  2. Pusat Islam di Pursat, kemboja.
  3. Pusat Quran dan Hadith AR Raudhah, Bangi, Selangor.
  4. Menaiktaraf pondok Tahfizul Quran AR Raudhah, Medan