PENGASAS MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN ARRAUDHAH ​

HAJI MOHAMED HASBI YAACOB

divider-v2

PENGASAS MTAR

bismillah-png

Assalamualaikum,segala puji dan syukur kepada Allah Taala serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, kerana dengan taufiq dan hidayahnya, MTAR dapat mewujudkan portal rasmi sebagai sebuah pentas untuk menyampaikan atau berkongsi maklumat dengan seluruh masyarakat. Ucapan ribuan terima kasih saya tujukan kepada semua kakitangan MTAR kerana bertungkus lumus menyumbangkan idea-idea yang mantap sepanjang proses portal dibangunkan.

Maha Suci Allah telah menurunkan al-Qur’an sebagai mukjizat Nabi Muhammad SAW yang di dalamnya kaya dengan ilmu dan pengajaran. Atas tujuan ini lah MTAR ditubuhkan iaitu untuk melahirkan penghafal alquran yang berkualiti yang dapat menyampaikan kandungan nya kepada seluruh alam.

Untuk mencapai matlamat ini, MTAR telah mengorak langkah demi langkah kehadapan walaupun ada ketikanya terpaksa menghadapi beberapa halangan yang menyebabkan kelicinan dan kelancaran pentadbiran organisasi terganggu tetapi demi mencapai misi dan visi, kami tetap meneruskan juga perjuangan itu walaupun terpaksa mengharungi onak dan duri.

Alhamdulillah setelah 7 tahun beroperasi, usaha kita mula menampakan hasil. MTAR telah berjaya melahirkan huffaz yang berkualiti. Mereka juga telah banyak  menyumbang khidmat mereka kepada masyarakat setempat apabila dilantik menjadi imam terawih di bulan Ramadhan. Namun matlamat kami adalah untuk menjadikan MTAR yang terbaik yang bukan saya dapat melahirkan pelajar cemerlang dari segi hafazan dan akademik, tetapi juga mempunyai akhlak mulia dan keperibadian pelajar yang unggul.

Oleh itu usaha dari semua pihak termasuk tenaga pengajar, ibu bapa dan pelajar perlu di pertingkat lagi. Insyallah berkat kerjasama dari semua pihak MTAR akan dapat melahirkan remaja profesional Islam yang hafiz, berilmu dan berkeperibadian mulia serta dapat menyumbangkan kepada kesejahteraan, kemajuan dan pembangunan negara

Akhirnya saya mengucapkan ribuan terima dan penghargaan kepada mereka yang menyumbang untuk kemajuan MTAR. Semoga Allah membalasi jasa mereka semua.

Wa bilLahi taufiq wal hidayah, wassalamu alaikum warahmatullahi wa barakatuh.