MUDIR MAAHAD

الحمد الله رب العالمين، والصلاة والسلام على المبعوث رحمةً للعالمين، سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Sukacitanya kami mengalukan- alukan pengunjung ke website Maahad Tahfiz Al-Quran Arraudhah atau ringkasannya MTAR dan merupakan salah satu rangkaian maahad tahfiz di bawah kelolaan Yayasan Ar-raudhah. Bagi menyempurnakan peranan pendidikan Yayasan, MTAR menerima pelajar – pelajar yang berumur di tingkatan menengah untuk mengikuti pengajian Al-Quran dan akademik di sini.

Kami di MTAR percaya akan kemampuan pelajar yang terpendam dengan itu kami berusaha mengeluarkan dan membangunkannya menerusi suasana yang selayaknya dan mekanisme pembelajaran yang membantu membentuk mereka menjad seorang yang hafiz Al-Quran. Kami berusaha meletakkan satu objektif bagi melahirkan hafiz profesional yang boleh sentiasa berinteraksi dengan masyarakat sekeliling dan selari dengan masa, tempat dan budaya.

Suka saya nyatakan bahawa pelajar – pelajar tidak mampu cemerlang dan menguasai hafalan Al-Quran tanpa kerjasama antara keluarga dan sekolah. Lawatan ibubapa ke sekolah untuk melihat tahap pencapaian terbaru anak – anak, kata – kata motivasi ibubapa dan juga merangsang mereka menjadi contoh terbaik adalah merupakan perkara penting.

Dan kami berbesar hati, menerusi kemampuan modal insan dan material yang disediakan oleh Yayasan sekiranya MTAR menjadi titik permulaan bagi pelajar menghafal A-Quran dan menyumbang khidmat mereka kepada masyarakat.

Semoga Allah S.W.T memberi hidayah kepada kita semua ke arah yang diredai olehNya

MOHD ZAINUDIN AWANG SEMAN 

MUDIR MAAHAD TAHFIA AL-QURAN ARRAUDHAH