KELAB IBUBAPA ARRAUDHAH (KIBAR)

Kelab Ibubapa Arraudhah ringkasannya (KIBAR) adalah persatuan yang sama fungsi dengan PIBG di sekolah sekolah peringkat kebangsaan dimana persatuan ini berperanan membangun pembelajaran pelajar melalui wadah penyatuan idea antara ibubapa dan guru. Juga sebuah entiti utama yang membolehkan kelompok ibu bapa dan guru berkongsi dan bertukar pendapat serta maklumat mengenai pendidikan semasa dan method untuk meningkatkan lagi prestasi akademik dan kokurikulum pelajar dengan membuat pemantauan dari semasa ke semasa di sekolah.

Penubuhan kelab ini bermula dengan penubuhan Maahad ini pada tahun 2010 sehingga sekarang. Secara umumnya wakil KIBAR terlibat secara langsung dalam membuat dasar sekolah melalui lantikan anggota dalam ahli lembaga sekolah, dengan ini sebarang masalah dan kerumitan yang dihadapi dapat diatasi hasil dari perbincangan dan kerjasama antara KIBAR dengan pihak sekolah. Antara pembangunan fizikal yang telah disumbangkan ialah menyediakan 2 biji telaga sebagai sumber kedua. KIBAR juga turut membantu pihak sekolah dalam pembangunan modal insan dengan memberi tumpuan kepada sistem nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak, dan jati diri pelajar bagi melahirkan generasi pelajar yang berkualiti, bersepadu dan seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelektual.