MAAHAD TAHFIZ AL QURAN ARRAUDHAH
Maahad Tahfiz AL-Quran Arraudhah (MTAR) ditubuhkan pada tahun 2007, dahulunya dikenali dengan Madrasah Tahfiz Al-Quran Arraudhah dan berdaftar di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan . Terletak 14 kilometer dari bandar Kota Bharu Kelantan di kampung Perol. Ianya mempunyai 4 blok bangunan, pertama Masjid Raudhah digunakan untuk aktiviti Al -Quran, blok yang kedua terdiri dari dua tingkat menempatkan pejabat pentadbiran dan beberapa kelas manakala blok yang ketiga mempunyai 3 tingkat dijadikan sebagai asrama pelajar. Blok keempat adalah sebagai kuaters guru. Suasana kampung dan terletak berhampiran dengan sawah padi..
MISI MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN ARRAUDHAH
Menjadi sebuah institusi berperanan melahirkan pendakwah profesional yang hafiz Al-Quran
Yayasan ArRaudhah
Yayasan Ar Raudhah yang dahulunya dikenali sebagai Tabung Kemanusiaan Nusantara adalah sebuah yayasan yang didaftarkan pada 23 Oktober 2000 dibawah Akta 1965 ROC Malaysia.
KURIKULUM MAAHAD
Sistem pengajian di maahad ini menggabungkan sistem pengajian tahfiz dan akademik. Sebanyak 70 peratus dari masa perdana diperuntukan untuk Al-Quran dan 30 peratus adalah untuk subjek akademik. Dalam usaha pemantapan ilmiah para pelajar maahad menggunakan sukatan pelajaran sendiri berpandukan kepada objektif Yayasan Ar-Raudhah.